Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

tiada yang berbeza

Adakah kita jauh,segala memori akan terpadam?
Akan hilang bagai dibakar api yang menyala tingi menjulang.
Memori kau dan aku,
Susah senang kau dan aku,kisah kita bersatu.
Dalam berbeza cara,kita bertentang mata,
Cerita antara kita,ada indah,
Cerita kita,saat kita sama-sama rebah
Jauh beribu batu memisahkan kita
Untuk suatu masa,kita berbeza benua dan dunia
Adakah peraliran masa mengubah kita?
Adakah berbeza dunia,membezakan kita yang selama ini setia mengenggam tangan saat susah dan payah?
Masih kekal dalam ingatan,memori antara kau dan aku
Dunia kita sama,tiada yang berbeda
Kau yang menjadikan kita ralat untuk bersama-sama
Kerna kau fikir kau yang terbaik saat kita tidak lagi mempunyai impian yang serupa
Kerna kau fikir aku berada dihujung dunia yang jauh dari modenisasi
Kerna kau fikir kau telah melangkah ke dunia yang penuh fantasi yang mampu meneroka satu galaksi
Bukan masa yang mengubah kita
Bukan berbeza benua dan dunia yang menjarakkan kita
Bukan iltizam dan azam yang berbeza menjauhkan kita
Tapi.…