AKU TAK GAGAL, CUMA BELUM BERJAYA



 Suatu ketika dahulu,zaman kanak-kanak yang sentiasa menjadi memori untuk dikenang sepanjang zaman terutamanya setelah menjejak alam dewasa.Mungkin juga suatu ketika dahulu kita menyimpan seribu impian dan harapan,sudah terdetik waktu itu hendak menjadi apa apabila sudah dewasa,ciri-ciri pasangan hidup yang ingin kita kahwin 20 tahun dan 30 tahun nanti,kereta jenama apa hendak melaram,baju mahal-mahal yang bersangkut dalam almariSudah terbayang betapa indahnya hidup waktu itu.Ada duit dalam genggaman bebas untuk kemana-mana kaki ini ingin melangkah sebagaimana yang diimpikan.Mengembara serata benuaSemuanya sudah tercatat dalam minda sejak tadika lagi.Sudah tidak sabar-sabar untuk melangkah ke alam dewasa.Sudah tidak sabar untuk masuk sekolah rendah apabila tadika,tidak sabar untuk masuk sekolah menengah yang dikatakan sudah mencapai keremajaan apabila menjejak masuk pintu pagar sekolah menengah,apabila berada disekolah menengah tidak sabar pula untuk habis SPM dan masuk universiti pilihan terutamanya setelah mendengar angin-angin bayu daripada senior-senior mengenai alam universiti.Waktu di universiti pula bukan sahaja sibuk menelaah malah ada juga part time yang disibukkan.Dengar orang cakap waktu di universiti inilah nak mencari tulang rusuk bagi lelaki,imam bagi perempuan yang kadangkala hanyut entah ke mana.Memang itulah yang menjadi turutan hidup terutamanya mungkin kanak-kanak,remaja yang masih berada disekolah yang berkejar dengan guru untuk masuk dalam kelas,waktu rehat ke perpustakaan,tak cukup waktu rehat waktu balik pun sanggup balik rumah lewat asalkan ada sebuah dua buku yang akan dipinjam,memegang tittle pelajar harapan,ulat buku,anak emas pengetua.Sibuk usung buku kemana sahaja bagi dapat result yang gempak,menelaah pagi petang siang dan malam.Tidak cukup hari-hari biasa,hujung minggu pun tidak kurang sibuknya,dengan tuisyen pagi petang,dengan kerja sekolah yang menimbun hendak disiapkan,dengan ulang kaji subjek yang tak dapat tangkap dalam kelas.Mungkin itu bukan hanya terjadi kepada aku seorang,malah mungkin juga ramai juga yang turut ada impian yang sama iaitu BERJAYA.Berjaya dalam pelajaran,berjaya dalam pekerjaan,berjaya dalam hidup dan sebagainya.Impian,cita-cita dan harapan,mungkin perkataan yang berbeza namun boleh menggambarkan maksud atau definisi yang sama.Semua orang ada harapan,semua orang ada cita-cita dan semua orang ada impian,begitu juga aku.Mengharapkan semuanya indah,mengharapkan perjalanan hidup sentiasa licin tanpa sebarang dugaan dan cabaran yang menghalang untuk kita berjaya.Mengharapkan segalanya mengikut telunjuk kita.Tapi bukan mudah.Perlu ada keberanian untuk menghadapi cabaran hidup,perlu ada keyakinan untuk berjaya,perlu ada semangat untuk mengejar cita-cita waktu tadika dulu,perlu ada pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu.Dua perkataan yang mampu digambarkan,BUKAN SENANG.atau BUKNA MUDAH.Yaaaaa….bukan mudah nak berjaya,bukan senang kita nak dapat apa yang kita nak kalau tak usaha,kejayaan bukan datang bergolek macam bola.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.Semua orang dah boleh hafal kata-kata ini.

  Ya,saya akui saya pernah gagal,saya pernah jatuh,saya pernah menangis sebab selalu fail test,saya pernah sedih sebab diperli pensyarah,saya pernah malu dengan kawan-kawan sebab result exam tak cantik macam mereka semua,saya juga kecewa sebab tak dapat keputusan yang baik macam SPM.Saya mengaku yang saya pernah kecewa apabila gagal,saya akui saya takut kalau saya gagal,saya takut untuk melihat masa depan saya,saya takut saya akan mengecewakan mak ayah keluarga dan mereka ynag memberi harapan.YAAAA,Saya dikuasai perasaan takut,takut untuk menghadapi cabaran,lemah untuk bertemu dan bertegur sapa dengan dugaan.Saya sentiasa mengharapan semuanya berjalan dengan lancar,mengharapkan semuanya dikuasai oleh telunjuk saya,apa yang saya nak semuanya mesti berada didepan mata.Semua orang nak kalau macam itu.Tak perlu bersusah payah mengusung buku 24/7,tak perlu bersengkang mata,tidur 2,3 pagi untuk belajar.Duduk goyang kaki depan telivesyen menonton upin ipin sambil  makan keropok,menghadap lappy tonton drama korea sambil menangis.Tetapi,simpanlah angan-angan itu karena ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya,melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul.See,tak ada benda yang senang dalam dunia ini.Ini realiti,bukan fantasi.Kalau fantasi mungkin kita boleh bayangkan ada pari-pari yang muncul yang akan kabulkan permintaan kita(yang mcm dalamcerita bawang merah bawang putih),gosok pelita dan keluar jin,minta apa yang kita mahu kepada jin itu,minta kat doremon keluarkan sesuatu dari poket ajaibnya.Nak makan pun kena ada usaha,usaha mencari makanan.Kalau tak ada usaha,masakan,nasi berlauk ayam,sayur kalian goreng,asam pedas,jus oren boleh ada depan mata,boleh ada dalam mulut.Semuanya kena ada usaha,nak suapkan nasi dalam mulut pun kena ada usaha untuk mengerakkan jari dan tangan.Sebagai contoh,pencipta lampu Thomas Alva Edison pernah berusaha lebih 10000 kali untuk menghasilkan lampu,akhirnya dia berjaya.Mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan sebuah lampu.10000 bukan angka yang kecil,kalau duit sebanyak itu pun kita sudah mampu turun naik haji dua tiga empat kali,boleh belanja orang kampung lagi.Tapi akhirnya dia sukses.Begitu juga kita,perlu ada langkah pertama sebelum melangkah yang seterusnya.Ada ayat al-Quran,dalam surah Al-Insyirah yang menyebut,maksudnya “Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan.”Perlu ada usaha untuk berjaya,bukan sahaja angan-angan.Angan-angan itu sebagai pembakar semangat atau pedoman kita ke jalan kesuksesan.Tetapi jangan tenggelam dan hanyut dalam angan-angan sudah.

 Saya suka kata-kata tokoh negara ini “KITA TIDAK BOLEH BERJAYA SEKIRANYA KITA MENGATAKAN KITA AKAN GAGAL.” -Tun Dr Mahathir-

   Antara sebab takut,ialah takut nak berhadapan dengan realiti,takut gagal.Yes,saya pun takut nak berhadapan dengan realiti yang mungkin menyakitkan,mungkin akan fikir “aku gagal,gelaplah masa depan aku.”Kadangkala terfikir juga macam tu pabila minda dikuasai syaitan..Takut kalau gagal dalam peperiksaan walaupun berhempas pulas setiap masa,takut kalau tak dapat jadi apa yang kita nak jadi.Siapa takut kegagalan??Tanyalah kepada sesiapa pun,siapa yang yang takut akan kegagalan.Malah ada juga yang sanggup guna acara kotor,cara orang yang tak cukup akal untuk berjaya.Sebabnya??Semestinya ialah takut gagal.Sekiranya kita gagal,penganglah kata-kata ini… “AKU BUKAN GAGAL,CUMA BELUM BERJAYA.”Itu yang say tgh cuba untuk terapkan dalam diri.Tapi,sebaik-baiknya kalau kita hendak berjaya,yakinlah pada Allah,Dia yang mencipta kita,Dia yang menghidupkan kita,Dia yang mematikan kita.Perjalanan hidup kita sudah ditentukan Allah.Allah tahu apa yang terbaik buat kita.Sebab itulah ada konsep usaha,doa dan tawakal.Bergantung pada Allah yang lebih utama,bukan pada orang lain,mengharapkan pada Allah,bukan pada insan lain.Aku kaui keputusan peperiksaan aku tidak gempak macam kawan-kawan yang lain,tapi Alhamdulillah aku terimanya dengan hati yang terbuka.Sudah Allah tetapkan setakat itu sahaja rezeki aku.Mungkin Allah suruh aku usaha lagi,kuat lagi.Perjalanan hidup masih panjang.Banyak lagi cabaran yang hendak dilalui,jauh lagi perjalanan yang hendak ditempuhi,banyak lagi laluian yang perlu diterokai.Kita gagal hari ini bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya,bukan bermakna kita jatuh kita takkan bangun semula.

im already finish second year, im done with semester 4....happy holidaysssssss..yezzzza



   

Comments